Aspirasi NDP

Thursday, December 19, 2019

PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN LEMBAGA PENASIHAT NDP AKAN DIADAKAN


LIMBARUH HIJAU, Jerudong 20 Disember 2019. Satu majlis penyampaian watikah perlantikan ahli-ahli Lembaga Penasihat Parti Pembangunan Bangsa (NDP) akan diadakan pada 26 Disember 2019 bertempat di Anjung Syura, Markas Pusat Parti Pembangunan Bangsa (NDP) di Jerudong.

Setiausaha Agung NDP Saudara Ahmad Bin Hj Timpus ketika ditemubual menjelaskan, “Seramai 12 orang ahli NDP yang akan menerima watikah lantikan tersebut”. Menurut beliau lagi, “..penyampaian watikah tersebut akan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Pemangku Presiden NDP, Saudara Pengiran Hj Zainal Bin Pengiran Talib”. Majlis tersebut akan berlangsung pada jam 2 petang.

NDP/SUA/SM/06/19