LIMBARUH HIJAU, Jerudong 20 Disember 2019. Satu
majlis penyampaian watikah perlantikan ahli-ahli Lembaga Penasihat Parti Pembangunan
Bangsa (NDP) akan diadakan pada 26 Disember 2019 bertempat di Anjung Syura, Markas Pusat
Parti Pembangunan Bangsa (NDP) di Jerudong.
Setiausaha Agung NDP Saudara Ahmad Bin Hj Timpus ketika
ditemubual menjelaskan, “Seramai 12 orang ahli NDP yang akan menerima watikah
lantikan tersebut”. Menurut beliau lagi, “..penyampaian watikah tersebut akan
disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Pemangku Presiden NDP, Saudara Pengiran
Hj Zainal Bin Pengiran Talib”. Majlis tersebut akan berlangsung pada jam 2
petang.
NDP/SUA/SM/06/19
No comments:
Post a Comment